Friday, December 22, 2006

>> My First Writing..first eh??

It's been quite some time i'm not updating this blog. To be honest, i dont really like writing what's on my mind and making it publicly read by everyone. That's why all these while i juz paste something which is public, interesting and maybe beneficial.. hehe

But, dont know what happened, i guess this maternal hormones contribute too much in my every action taken. I feel like writing!

I thought im strong that i can control my morning sickness. BUt, it seems like im juz like other women..in fact, WORSE!

My favourite food has become a NO-WAY!

I even have to hide some of my clothes, cuz i hate to see them.

And my new hobby, making crystal bracelet..aiyo..i cant even think of crystals... what more to look at 'em! i gave everything to my friend to keep it. if not im afraid those lovely crystals end-up in a dustbin. Hmm...this muz be a baby-boy inside.

Poor my hubby, he has to take care of me, of everything. Kitchen?? I only step in the kitchen to wash my hands... hehehe... what a bapak-mithali-to-be....

Getting dizzy already. Mommy got to rest.

Wednesday, November 22, 2006

>> Untuk korang yang LIAT BANGUN PAGI

Anda Liat Nak Bangun Pagi?

Adakah anda tergolong dalam kumpulan homosapiens yang liat nak bangun pagi walaupun loceng jam dan berdering separuh mati? hahaha....ini dia produk yang anda nanti-nantikan. ..check it out....muahahaha. ..

1. Jam Gantung



















Jam ni bila berbunyi ia akan naik slow2 ke atas sampai le anda dapat tangkap ia dan hentikan bunyi jam ini. Bayangkan le kalau anda lambat bangun? Ia akan berdering2 di siling bilik anda? Terpaksa cari tangga pulak. Baik bangun dan matikan ia

2. Jam Polis











Jam ni akan ada vibrator, kekuatan bunyi 95 desibel cukup le untuk kejutkan seluruh taman perumahan dan yang best ada lampu mcm lampu kete polis tu....pedih mata wooo...

3. Jam GI Joe


















Mesti korang penah tgk kan kartun GI Joe. Jam ni akan menjerit macam askar bagi arahan dengan kuat sampai le korang bangun, berkawat 10 minit dan push up 50 kali (tang ni aku tambah aje)..wahahaha


4. Jam Cekik














Seperti namanya, korang kene cekik leher jam ni supaya dia berenti berbunyi. Dan dia agar vibrate agar darah2 lancar ke otak korang supaya korang leh bangun...

5. Jam Pin














Seperti namanya dan rupanya, korang kene cari pin mana yang perlu ditekan untuk mematikan jeritan jam loceng ni. Dan kedudukan pin diubah setiap hari secara automatik. Abis kalau dah bersila menekan semua pin, takkan tak daya nak ke bilik air lagi?

6. Jam Puzzle



















Untuk menghentikan jam ini korang kene selesaikan jigsaw puzzle yang diberikan. Abih, puzzle dah siap tak reti2 nak bangun?

7. Jam Bertelur











Jam ni bila berbunyi dia akan mengeluarkan telur dengan banyak. Selagi korang tak bangun, kutip telur-telur tu, masukkan dalam bakul dan masukkan balik dalam jam..selagi tu ia takkan berhenti berbunyi.... kelass koo!!

8. Jam Grenade














Korang tau lah kan apa fungsi grenade. Sekali dia 'meletup' dia punya bunyi....confirm lepas tu korang kene halau dari neighbourhood tu...wakakakaka. ..

9. Jam Nyorok-Nyorok



















Inilah jam yang paling powderful. Sekali dia berbunyi, dia akan bergolek lah bergoleklah sukati dia lah kemana dia nak golek dan dia akan sembunyi. Selagi korang tak jumpa dia, selagi tu dia takkan berenti melalak. Kalau pintu bilik terbuka dan ini jam sudah turun tangga....kaput lah beb.....wahahahaha Amacam, best tak jam-jam ni? sapa2 nak beli bleh le order kat internet..kat mana exactly aku pon tatau sebab aku pon dapat mende2 ni dari email...wahahahaha. ..selamat mengejar jam!!!!

Thursday, November 16, 2006

>>DONT eat MENTOS and COCA COLA together














Last week a little boy died in Brazil after eating MENTOS and drinking Coka-Cola together.One year before the same accident happened with another boy in Brazil .Please check the experiment that has been done by mixing Coka-Cola (or Coka-Cola light are the same) with MENTOS??.. So be careful with your self.

>>Solving company problem


>>AWAS..UBAT BERBAHAYA!



PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE(PPA)

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik.

Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya.

Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :
Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements
Acutrim Maximum Strength Appetite Control
Alka-Seltzer PlusChildren's Cold Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)
Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
BC Allergy Sinus Cold Powder
BC Sinus Cold Powder
Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
Contac 12 Hour Caplets
Coricidin D Cold, Flu & Sinus
Dexatrim Caffeine Free
Dexatrim Extended Duration
Dexatrim Gelcaps
Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
Dimetapp Elixir
Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
Dimetapp 4 Hour Tablets
Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
Naldecon DX Pediatric Drops
Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
Triaminic DM Cough Relief
Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
Triaminic Syrup Cold & Allergy
Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu)
3D Cold & Cough Berry
3D Cough Relief
Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.

Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI. INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini :http://www.fda.gov/cder/drug/infopage/ppa/default.htm http://www.fda.gov/cder/drug/infopage/ppa/default.htm

Wednesday, November 15, 2006

>> Comelnyer handy drives nie..


















Sajer nak kongsi kat sini..



>>Ladies....! Lipstick Alert!!



If there is a female you care anything about, share this with her.

Recently a brand called "Red Earth" decreased their prices from $67 to $9.90.It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer.

The Brands which contain lead are:

1. CHRISTIAN DIOR

2. LANCOME

3. CLINIQUE

4. Y.S.L

5. ESTEE LAUDER

6. SHISEIDO

7. RED EARTH (Lip Gloss)

8. CHANEL (Lip Conditioner)

9. MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.


The higher the lead content, the greater the chance of causing cancer.After doing a test on lipsticks, it was found that the Y.S.L. lipstick contained the most amount of lead.Watch out for those lipsticks which are supposed to stay longer.

If your lipstick stays longer, it is because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.

2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.

3. If the lipstick color changes to black then you know the lipstick contains lead.

This information is being circulated at Walter Reed Army Medical CenterDioxin Carcinogens causes cancer, especially breast cancer.

>>Resipi Satay Ayam





Untuk Ayam Satay


1 ekor ayam 2kg yang disembelih halal (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam


Untuk kuah Satay


½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

7 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai

1 stgh inci halia

5 tangkai cili kering

2 papan gula melaka

2 sudu asam jawa, diambil airnya.

Gula dan garam secukup rasa


Cara membuat ayam sate
1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Ayam Satay

2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan Ayam Satay hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan AYam dengan Air Perapan dan Minyak dengan brush Serai bila perlu
6. Ayam Satay Akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi


Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.

9. Dah pun siap. Ni resepi saya belajar dari Kak Ida, buat masa open house hari tu.

>>Resipi Lemon Chicken

Lemon Chicken



500g daging ayam dipotong nipis
1 sudu besar garam ( kalo nak kurangkan pun bole)
1 sudu besar lada putih
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung

1. Perap ayam bersama bahan bahan lain kecuali telur dan tepung jagung selama 20 minit.
2. Celup dalam telur kemudian digolekkan atas tepung jagung dan digoreng.
3. Susun dlm pinggan

Bahan Untuk Sos
200ml sos tomato
4 sudu besar air lemon
1 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagun

1. Campurkan kesemua bahan dan masak hingga mendidih.
2. Kemudian tuangkan sos atas ayam yang digoreng tadi.

>>Resipi Lasagna



Lasagna

Lasagne sheets (pilih yang pre-cooked or no cooking required)

Bahan2 utk filling sauce :
Tomato Puree
Cili Boh
Daging cincang
Bawang putih
Bawang merah (dihiris halus)
sedikit herbs
cumin atau jintan manis
gula, garam and pepper
Stock cube daging
Air

Caranya:
Tumis bawang putih dan merah hingga layu. Masukkan cili boh, cumin and tomato puree dan goreng hingga garing. Bila dah Ok, masukkan daging cincag dan kacau hingga sebati. Dah Ok, masukkan air dan stock cube dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan pepper secukup rasa.

Hint :
Kalau yang nak merasa seafood pulak, gantikan daging cincang dengan seafood mix macam sotong, udang, fishball ke.. dan gantikan stock cube daging denganstock cube ikan atau ayam.

Bahan2 utk White Bechamel sauce :
ni agak rumit sikit tapi kalau first time tak jadi, cuba lagi lah, saya pong kekadang kena try 2-3 kali!!!

Mentega (dalam 2 senduk)
tepung biasa (2 tablespoon)
susu (susu fresh atau susu UHT)
6 biji cloves (sorry... lupa nama melayu)
bawang satu labu
salt and pepper
bay leaf atau daun selasih

Caranya
1. Cucuk clove dalam bawang. Panaskan susu dalam saucepan dan masukkan bawang tadi dan daun selasih/bay leaf. Susu tak payah mendidih - cukup bila panas je. Ketepikan dan buang bawang tadi.
2. Cairkan mentega atas api sederhana. Bila dah cair, kecilkan api. Taburkan tepung sudu demi sudu dan kacau continously! Mentega tu akan meresap kat tepung jadi mesti jaga2!! Tepung tu sudah masak bila bau wanginya naik.
3. Bila agak OK, masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau hingga sebati. Senang kalau pakai hand whisk. Masukkan salt and pepper. Bechamel sauce ni warnanya creamy.

Menyediakan Lasagne :
1. Panaskan oven (dalam 250 deg. Celsius kira OKlah) Bila 2 sauce dah ready, sediakan satu rectangular pan (tinggi dalam 3-4 inci)
2. Layer filling sauce, followed by the lasagne sheet and then the bechamel sauce. Repeat sampai sauce semua habis. Akhirkan dengan sauce bechamel tadi.
3. Bakar dalam oven selama 25-30 min. Kalau nak tahu masak, cucuk lidi dan rasa kalau lasagne sheet tu keras ke lembut. Bila dah nak masak, tabur parmesan cheese dan masukkan oven sekejap
4. Bila dah masak, potong empat persegi dan hidang sama garlic bread. Selamat mencuba!!!

Tuesday, November 14, 2006

>>Bila ku kenang kembali...







Sekadar hiburan...

terkenang zaman dahulu... Happy je memanjang... .main je ngan kawan2 24hours... hehehe untuk bacaan pada masa lapang... enjoy...


S ure korang teringat balik zaman2 skolah dulu... tanda-tanda anda bayi tahun 70-80-an:
* kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

* berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

* sure korang ingat...program minum susu di sekolah (time ni favourite aku). kononnya nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

* cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

* semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

* Hankyu Jaya, Kimisawa – shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok kat KL laa..

* time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Kasut sekolah bata tu dulu aku ingat ada reflector, kalau kene lampu kereta mesti menyala dalam gelap.. pergh.. rasa hebat je time tu.. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

* internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? Kaset tape penah laa dgr. tiket wayang dulu pun 5 ringgit je.

* kite pegi kedai runcit, beli Chickedis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'TiKam'.

* bile dah abih exam, main Monopoly la, tak pun main game kad seperti Donkey la, Happy Family laa dlm class.

* tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

* lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bolalaa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

* kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Aiskrim Malaysia!

* lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

* anta surat dgn buah hati selit kat bawah meja skolah. Xcited tunggu posmen depan rumah (takut mak ayah amik)

* hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir tahun 1987/88. skarang digelar 'remaja'.

* bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

* AIDS wujud sejak diorg lahir.

* CD pun wujud time diorg lahir.

* Michael Jackson dah putih dah time tu.

* Diaorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

* Diaorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. (time aku sekolah rendah dulu, aku penah tengok komputer yang monitor dia cuma ada tulisan warna hijau kat skrin hitam dia)

* Diaorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch' (game casio).

* Diaorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

* dan diaorg tak paham macam mane kite boleh survive dekat sekolah tanpa handphone...

* cuti skolah aja gi piknik tepi sungai bkn mcm skrg gi "Sunway Lagoon"

* hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin & beranak pinak
3. korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
7. dah celik IT - anta email kat kekawan x yah nak tulis surat
8. pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
last sekali, bile dah bace posting ni, korang akan terpikir utk forwardkan dekat member2 lame korg. Sure diaorang suke punye laa...hehehe Yaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulukan?

>>Beware!! Jenayah Talipon

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan no.telp yang tidak dikenal atau terdaftar di Tel. Anda, berkata bahwa dia (lelaki/wanita) memanggil dari division engineering/ teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun, dan selanjutnya dia berkata bahawa kita harus menekan key .. 90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf).cepat-cepat matikan/putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan key yang mereka minta. kerana ketika ini ada penipu!

-penipu yang menggunakan peralatan canggih dimana jika anda menekan key .90 atau ..09 maka penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card telepon kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan.

sila forwardkan kisah ini kepada semua sahabat/teman anda untuk mencegah tindakan kriminal ini.dan juga ada beberapa issue lainnya.

jika anda menerima panggilan di telepon bimbit/cellphone dan layar cellphone menunjukkan/ display seperti ini :(XALAN).JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN TELEFON ANDA DENGAN MENEKAN KEY POWER(ON/OFF) CELLPHONE ANDA.

Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka cellphone anda akan terkena virus. virus ini akan menghapus seluruh IMEI dan informasi IMSI dari cellphone dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari vendor/operator anda. (dimana anda harus mengganti cellphone dan SIM card anda dengan yang baru).

Informasi ini telah disah dengan Motorola and Nokia. ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telepon bimbit/cellphone yang terkena virus ini.anda juga dapat membaca berita ataupun informasi mengenai hal ini di laman web CNN.SILA SAMPAIKAN PESAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN WARGA SEKALIAN

Wednesday, November 08, 2006

>>Tanduk Iblis


Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.... " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Monday, November 06, 2006

>>Juz to share

This web blog is juz a way to share some experience, feeling, point of view... and hopefully it can act as a medium for solving some problems between you... and me....